Sahabat

Tuesday, January 17, 2012

Doa buat sahabat tercinta,,,

Ya Allah..
Panjangkanlah umur sahabatku..
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya..
Terangi hatinya dengan Nur pancaran iman..


Ya Allah..
Tetapkanlah hatinya..
Perluaskanlah rezekinya..
Dekatkanlah hatinya dengan kebaikan..
Jauhkanlah hatinya dengan kejahatan..
Tunaikanlah hajatnya..
Baik hajatnya dalam agama..
Dunia dan akhirat..

Ya Muhaimin..
Jika dia jatuh hati..
Izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padamu agar dia tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu...


Ya Rabbana..
Jagalah hatinya agar tidak terpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatimu..

Ya Rabbul Izzati..
Jika dia rindu..
Rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Muhaimin..
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke jalanMu..


Ya Allah Yang Tercinta..
Jika kau halalkan aku merindui sahabatku...
Janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki..
Rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu..

Ya Allah..
Kurniakanlah sahabatku kesenangan..
Ketenangan..
Kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat kelak..

Ya Rabbul Izzati..
Bahagiakanlah hatinya sebagaimana engkau bahagiakan hati hambaMu..


(^_^)



No comments:

Post a Comment