Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Sahabat

Friday, July 13, 2012

Mengapa Aku Yang Di pilih...??



Dengan Lafaz Bismillahhirrohmannirrohim aku mulakan coretan yang telah lama aku tinggalkan... 
Ujian ALLAH,,,, setiap insan di dunia ini pastinya pernah di uji,tidak kira bagaimana bentuk ujian itu sama ada dengan bentuk ujian yang kecil atau besar.. Semuanya bergantung pada insan yang sedang di uji itu untuk mengharunginya..

Aku.. Insan yang lemah.. yang tiada apa-apa tapi kenapa di uji dengan ujian yang sangat besar sekali.... Secara mendadak aku di uji dengan kedatangan 2 orang insan yang tidak pernah aku kenal.. memperkatakan yang aku ini sedang dalam masalah besar yang aku sendiri tidak tahu.,.. Hanya mereka yang memiliki anugerah itu sahaja yang tahu...



Suntuk... Masa aku sudah suntuk.. itu yang diperkatakan mereka.. Mesti cepat menyelesaikan masalah ini andai aku ingin selamat dari bencana ini tapi...... Aku bingung di sini keseorangan memikirkan perjalanan hidup aku yang semakin rumit...

Syarat.. ya,syarat-syarat itu yang membelenggu diri aku.. macam mana nak aku ikut syarat-syarat itu..?? payahnya.. macam mana dengan penerimaan family aku...?? Tanpa boleh memberitahu sebabnya... Family aku tidak boleh tahu tentang permasalah ini kerana kesannya amat buruk...Aku buntu...  Kenapa mesti aku..??

Sejenak aku berfikir.. mungkinkah ALLAH mendatangkan ujian sebegini pada aku untuk aku sedar yang selaman ini aku sudah lama lari dari menjadi muslimah solehah..?? Wujudkah makhluk yang bukan manusia tetapi tidak takut dengan ayat-ayat al-quran..?? Bukankah al-quran itu sangat 'berkuasa'...?? Bukankah di dalam al-quran itu terkandung pelbagai manfaat kepada manusia....



Sahabat.... dia sahabat yang sentiasa memberi kekuatan untuk aku.. "think positif ok.. InsyaALLAH kita cuba cara lain... " itu ayat yang di perkatakannya untuk aku... Aku berdoa dan berharap sangat aku di beri keajaiban untuk di lepaskan dari cengkaman 'benda' itu.. dia juga makhluk ciptaan ALLAH,tanpa izin-Nya pasti makhluk itu tidak akan wujud...

Sahabat-sahabat seperjuangan semua... aku mohon doa dari kalian untuk aku lepas dari semua ini.. Doakan ianya hanya mainan kata-kata dari orang yang tidak aku kenal.. Semoga ALLAH mendengar doa-doa kalian dan doa dari hambanya yang lemah ini untuk di beri keajaiban di lepaskan dari masalah ini... Tidak ada benda yang terjadi tanpa izin-Nya.... Dan dengan itu aku memohon juga dengan izin-Nya untuk menjauhkan aku dari 'masalah' yang sedang aku hadapi ini..  AMIN...~



:: Damaikan lah hatiku.. Bantulah aku ::


8 comments:

  1. Dugaan itu hadiah dari Allah untuk kamu sayang.. sebabnya bila Allah berikan sesuatu ujian, itu tandanya Allah sangat merindui kamu.. Allah dambakan doa dan rintihan kamu. Ingat dear.. dugaan yang Allah berikan setanding dengan kekuatan kita.. jadinya kamu harus bangga jika dugaan ini berjaya kamu harungi.. berdoalah sayang, doa senjata utama org mukmin.. Semoga Allah sentiasa bersama mu dan semoga Allah meringankan dugaan mu.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... InsyaAllah... terima kasih untuk doanya.. semoga diri ini kuat menempuh dugaan ini.. Aminn~

      Delete
  2. Kadangkala ck ada terfikir bukankah bagus jika segalanya dalam dunia ini berjalan dan terjadi seiring dengan apa yang kita nak, tapi bayangkn jika dunia ini hanya ada satu warna sahaja semuanya tak akan bermakna lalu Allah jadikan hidup kita "berwarna-warni" tanda kasihnya buat kita. Disebabkan rasa "rindu" itu Allah datangkan sedikit ujian agar kita tidak leka dan lalai dari mengingatinya.. ck xbagus sgt tp kita akan cuba berubah sama2 kearah kebaikan ... dan insya'Allah segalanya akan pulih seperti biasa.. ck doakan agar segalanya menjadi baik k .. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn... mudah2an... ^_^
      InsyaAllah aty ini akan sabar mengharungi ujian ALLAH ini~

      Delete
  3. mudah2an segala kekalutan berjaya awak rungkai..Allah xkan menguji melebihi mampu kita..:)

    ReplyDelete
  4. salam...percyalah..Allah tidak datangkan ujian yang tidak mamou ditanggung hamba-Nya.banyakkan lah bergantung dan berdoa serta berserah kepada-NYa.. sabar dan tenangkan diri,kerana Allah bersama insan yang sabar dan menenangkan diri menjamin kita berfikir secara waras dan rasional. kenal pasti punca dan pilihan yang ada, solat istikharah dan lakukan pilihan yang paling dirasakan mengikut nurani..dan yang paling penting,ikhlaskan diri kerana Allah, disitulah akan wujud sinar Ilahi dan pertolongan-NYa..insya Allah..

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah.. terima kasih sahabat2 semua.. semoga hati ini semakin tenang dengan mendekatkan diri kepada-Nya...Dan semoga ujian ini dapat saya harungi... AMinnn...

    ReplyDelete
  6. Terharu dengan entri ini~ Semoga Allah merahmati kamu sahabat! =)

    ReplyDelete