Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Sahabat

Monday, November 21, 2011

Al-Quran Penyelamat umat~

Mati Itu Pasti.. Hidup Itu INSYAALLAH...
Sudah bersediakah kita menghadapi saat kematian..??



Rasulullah S.A.W bersabda : 'Bila seseorang itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya..Bila mayatnya di kapan,lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati...

Selepas pengebumiannya,semua orang pulang ke rumah... 2 malaikat mungkar dan nakir,datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal dunia itu megenai ketaatannya kepada ALLAH.. Tetapi lelaki kacak itu berkata,.."dia adalah temanku,dia adalah kawanku..Aku tidak akan meninggalkannya seorang diri walau apa pun.. Jika kamu di tetapkan untuk menyoal,lakukan tugasmu.Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku mendapati dia dimasukkan ke syurga.."



Selepas itu,dia berpaling pada temannya yang telah meninggal itu lalu berkata,"Aku adalah Al-Quran,yang mana kamu membacanya,kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan..Jangan bimbang..Selepas soal siasat dari mungkar dan nakir,kamu tidak akan bersedih.."

Selepas soal siasat selesai,lelaki kacak itu mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa ( malaikat dalam syurga ) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi..

Rasulullah S.A.W bersabda : "Di hari pengadilan,di hadapan ALLAH,tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Al-Quran,mahupun dari Nabi atau Malaikat.."



Sesungguhnya mati itu pasti..Hidup itu INSYAALLAH...
Perbanyakkan lah membaca  Al-Quran.. INSYAALLAH ianya akan menjadi penyelamat kita di sana nanti...

No comments:

Post a Comment