Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Sahabat

Sunday, November 6, 2011

Itu Kerana Allah Sayang Kita..



    Dalam surat khabar hari nie ada cerita mengenai kes gadis putus cinta mati terjun flat di sekitar kuala lumpur.. hanya kerana hubungan tidak di restui keluarga...Gadis itu yang baru berumur 16 tahun dan berbangsa india nekad untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat 9...Sayang sekali..masih muda tapi dah mensia2 kan hidup..

    Bunuh diri bukan lah platform bagi menyelesaikan masalah... Fikir lah apa yang korang dapat dengan membunuh diri...Banyak pihak yang akan menerima tempiasnya... ibu bapa..adik beradik..kawan2.. n ramai lagi...Pernah korang terfikir apa perasaan diorang..?? Tak kesian kah korang melihat tangisan mereka itu..?? Menyesali perbuatan kita...Bersusah payah mereka membesarkan kita hingga besar..hanya di sebabkan satu benda kecik jer kita sanggup memusnahkn hidup ini dalam sekelip mata...


Bersama2 lah kita muhasabah diri.... Andai satu hari kita di uji dengan begitu kuat jangan la berputus asa..Jangan la mengambil jalan singkat untuk mengakhirinya.. Ingat la ujian itu tanda ALLAH sayangkan kita...Ucaplah alhamdulillah saat diri di uji...bersyukur la kerana menjadi hamba pilihan ALLAH untuk di uji...Sungguh ALLAH itu sayangkan kita..

Renungkan bersama..

Hadis berkaitan bunuh diri :

Diriwayatkan dari Jundab ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, "seorang lelaki terluka dan bunuh diri, maka Allah berkata, "Hamba-Ku mendahului-Ku dengan membunuh dirinya sendiri maka Aku haramkan surga untuknya"".

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, "ia yang bunuh diri dengan mencekik dirinya sendiri, di neraka ia akan terus menerus mencekik dirinya sendiri dan ia yang bunuh diri dengan menikam dirinya sendiri, di neraka ia akan terus menerus menikam dirinya sendiri".

(^_^)



 

No comments:

Post a Comment