Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Sahabat

Thursday, November 24, 2011

'Hak' Asasi Seorang Anak,,,

Perkahwinan yang bahagia... mempunyai anak yang ramai... dan memelihara keluarga dengan agama yang cukup sempurna... Perkahwinan sebegini yang selalu di harapkan.. Si suami menjadi ketua dalam keluarga.. yang membimbing keluarganya dengan sabar... menjadi imam dalam setiap solat.. Si isteri pula.. menjalankan tanggungjawab sebagaimana seorang isteri dan ibu dalam keluarga.. menyayangi suami dan anak-anaknya.. membelai dengan kasih sayang dan menjadi makmum dalam setiap solat yang di imami si suami.... Sebegitu juga dengan anak-anaknya.. menjadi taat kepada ibu dan bapanya... merasa kagum dengan akhlak ibu dan bapanya.. dan turut serta menjadi makmum dalam solat-solat yang di imami bapanya...



Tapi...bagaimana mendidik anak supaya menjadi seorang yang berakhlak mulia,penyantun serta berbudi bahasa dalam usia yang masih mentah..Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak.. Kita kurang bahawa anak-anak mempunyai 'hak' untuk menjadi anak yang soleh dan solehah dan ibu bapa perlu berusaha untuk memenuhinya,iaitu ;

1.Hak untuk hidup...
2.Hak untuk mempunyai genetik yang sahih ( anak yang dilahirkan dari ibu bapa yang sah pernikahannya..)
3.Hak untuk mempunyai nama yang baik..
4.Hak untuk mendapat belaian kasih sayang,perlindungan dan penyusuan ibu..
5.Hak untuk mendapat tempat tidur yang berasingan..
6.Hak untuk mendapat pendidikan dan ilmu pengetahuan..
7.Hak untuk dibesarkan di dalam suasana islam..
8.Hak untuk mendapat setiap sesuatu yang dibelanjakan untuknya dari sumber yang halal..
9.Hak untuk belajar kemahiran hidup dan pertahanan diri..
10.Hak untuk mendapat layanan yang saksama tanpa mengira jantina atau gender..



Tiada yang susah dalam memenuhi 'hak-hak' seorang anak.. tiada yang lebih bernilai daripada seorang anak yang soleh dan solehah yang akan mendoakan kita andai kita telah di panggil menghadap-Nya...

'Doa seorang anak yang soleh dan solehah' penyelamat kita di sana..

(^_^)

No comments:

Post a Comment