Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Sahabat

Tuesday, November 1, 2011

Kekasih Agung Sedang "Cemburu",,,

Firman ALLAH s.w.t yang bermaksud :
"Dan antara manusia ada yang menyembah tandingan-tandingan selain ALLAH,mereka mencintainya sebagaimana mencintai ALLAH.Adapun orang yang beriman lebih besar kecintaanya kepada ALLAH."
(surah al-baqarah 2:  165)



Cemburu ALLAH tanda besarnya cinta iaitu tanda besarnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hambanya,,,


Anda sedang asyik berbalas sms dengan seseorang yang bukan mahram?Anda sedang ternanti-nanti panggilan daripada si dia?Anda sedang menunggu saat-saat dapat bertembung dengannya?Anda sedang memilih minyak wangi paling harum untuk keluar dating??

Errr,,jika jawapannya ya,anda sedang membuat Kekasih Agung andda sangat cemburu,,

Berkata Ibn Qayyim al-Jawziyyah : "Allah s.w.t cemburu terhadap hati hamba-Nya yang mengabaikan cinta,harap dan takut kepada-Nya,dan ada sesuatu yang lain dalam hatinya selain Dia.."

Kata-kata ulama muktabar ini ada asasnya daripada sabda Rasulullah s.a.w.Daripada Mughirah r.a.Katanya,sa'ad bin ubadah mengatakan : "sekiranya aku melihat lelaki berkelakuan serong (bermesra-mesraan ) dengan isteriku,nescaya lelaki itu aku tetak dengan mata pedang yang tajam,bukan dengan sisi tepi pedang!"

Ucapan itu sampai kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda berkata : "mengapa kamu hairan melihat cemburu sa'ad?Demi ALLAH,aku lebih cemburu daripadanya (terhadap perkara yang diambil endah dan benci demi agama).Dan ALLAh lebih cemburu daripadaku.Kerana itu dilarang-Nya mengerjakan perbuatan keji,baik yang terang ataupun yang tersembunyi.Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada ALLAH,dan kerana itu diutus-Nya orang yang akan memberikan berita gembira dan orang yang memberikan peringatan.Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada ALLAH,dan kerana itu (untuk orang memuji-Nya) dijanjikan syurga." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


No comments:

Post a Comment