Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Sahabat

Tuesday, November 8, 2011

Tangisan Yang Tiada hentinya..


Bukan kerana di sakiti..
Bukan kerana di tinggalkan..
Bukan kerana merana..
Bukan kerana di bohongi..
Bukan juga kerana cinta...

Tapi kerana apa....???
Kenapa aku menangis....??
Tanpa henti..Tanpa di pinta..
Rasa itu datang dengan sendirinya..

Mengintai langit malam...
Dibelai angin..membisikkan kesepian..
Berfikir...
Ya ALLAH...
Sungguh aku rindu padaMu....
Yang tanpa aku sedar aku menangisinya...
Saban malam...
Menginsafi hidup yang penuh palitan dosa...
Yang menjadi penyebab aku mengalirkan air mata selama ini..



Ya ALLAH...
Sungguh aku benar-benar merinduiMu...
Di waktu ini...
Aku tidak mengharapkan cinta manusia..
Yang penuh pendustaan dan dosa..
Yang tidak tahu kesudahannya..
Hanya cinta dariMu benar-benar ku harapkan...
Agar diri ini tabah dalam mengharungi hidup..
Yang penuh dengan ranjau..
Dan ujianMu..
Sebagai tanda kau menyayangiku..

Ya ALLAH...
Aku ingin selamanya menjaga tangisanku..
Yang hanya akan mengalir hanya untukMu..
Dalam menjadi muslimah solehah...
InsyaALLAH...


(^_^)

2 comments: