Sahabat

Monday, November 7, 2011

Terlebih Beri Akan Menjadi "Gila Cinta" apabila...

    "Gila cinta..... "


Kenapa dan macam mana boleh terjadinya situasi gila cinta tu..?? Ia kerana pasangan terlebih memberi dalam perhubungan sehingga menyebabkan "gila cinta"...

Keadaan dan situasi yang menyebabkan terjadinya "gila cinta" ini....

1. Keceriaan dalam hidup anda..maksudnya hanya apabila anda dapat membuatkan si dia gembira..

2. Anda mengabdikan hidup anda untuk memastikan kejayaan si dia sehingga peringkat tidak mempedulikan        kerjaya,hidup anda atau kejayaan anda sendiri..



3. Si dia mula menjauhkan diri dari anda dan anda pula semakin kerap membuat,memberi dan melakukan segalanya untuk memastikan si dia kekal bersama anda..

4. Rakan-rakan anda mengatakan anda telah berubah dan mula menjauhkan diri dari anda.Anda pula tak peduli bila perkara ini berlaku kerana fokus anda hanya pada si dia..

5. Mungkin anda sedar anda sebenarnya dipermainkan,diperbodohkan dan diambil kesempatan..namun anda tidak mempedulikan itu semua dan terus berusaha mendapatkan si dia hanya atas nama cinta..

   Sekiranya anda telah mencapai tahap "cinta dile",sesuatu perhubungan itu tidak mungkin dapat diselamatkan lagi..Tapi sekiranya tidak sampai ke peringkat itu,harapan untuk memulihkan sesuatu perhubungan itu adalah cerah..



Jadi..pendapat korang..??

1 comment:

  1. btul2.sbb tu dlm quran pn ada tulis.sayang sumone berpada2 sbb maybe satu mse nnt kte akan benci dia n bgitulah sbaliknya.cinta gila tkpe lg kot jgn jd gile sbb cnta dhla. hehehe

    ReplyDelete