Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Sahabat

Monday, November 28, 2011

Ya ALLAH,, Aku Jatuh Cinta..

Cinta yang tulus lahir dari hati..
Tiada yang lebih indah dari cinta kerana ALLAH S.W.T ....
Peliharalah cinta itu dengan Sesungguhnya.. 



Nasihat untuk memelihara percintaan ;

1.Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum kau berkahwin dengan 'si dia'..

2.Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya..Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu..

3.Jika kau ingin berbahagia seumur hidup..tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'..

4.Jika engkau mencintainya,, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya..

5.Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu,,yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan..

6.Jikalau kau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu,, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu..

7.Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating',, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu..

8.Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya..



9.Jika engkau masih belum bercinta,,tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan..

10.Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH,, kelak ALLAH akan tarik kebahagiaan darimu..

~Setiap nasihat ini mungkin tidak releven kepada seseorang... Mungkin ia juga releven kepada seseorang yang lain.. ~

(^_^)

No comments:

Post a Comment