Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Sahabat

Saturday, August 11, 2012

Imam Al-Ghazali Dan Malam Lailatul Qadar

Pejam celik pejam celik sekejap saje raya dah nak menjelang tiba,, Rasa macam baru semalam kita mula berpuasa,, Di akhir-akhir bulan puasa nie ramai yang mengejar kemanisan malam Lailatul qadar,, Memperbanyakkan ibadat,,dengan zikir,solat-solat sunat,membaca Al-quran dan macam-macam lagi ibadah yang dapat meningkatkan keimanan kepada yang Maha Kuasa ALLAH S.W.T ,,,,



Di sini,aku nak kongsi sedikit dari apa yang aku baca tentang malam lailatul qadar nie,, sharing is caring,,. ----->

Maksud Lailatul qadar -->
     Lailatul qadar atau Lailat Al-qadar ( malam ketetapan ) adalah satu malam penting yang terjadi dalam bulan ramadhan yang di dalam Al-quran digambarkan sebagai malam yang baik dari seribu bulan dan juga di peringati sebagai malam diturunkan Al-quran..

Tanda-tanda malam Lailatul qadar -->
    Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir ( hari ganjil ) bulan ramadhan..

PETUA IMAM AL-QHAZALI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

Jika awal ramadhan jatuh pada hari :

Ahad @ rabu --> malam Lailatul qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan...
Isnin --> 21 ramadhan
Selasa @ jumaat --> 27 ramadhan
Khamis --> 25 ramadhan
Sabtu --> 23 ramadhan

kata Sheikh Abu hassan bahawa mula dia baligh,..dia sentiasa dapat menghidupkan malam Lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas..Walaubagaimanapun,,janganlah hanya beribadat pada malam ini sahaja,carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga...

Tanda-Tanda Lailatul qadar -->

Malam itu tenang,tidak dingin dan tidak panas.Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak dengan tiba-tiba..



Itu sahaja yang dapat di kongsi sempena bulan yang penuh barakah ini,InsyaAllah kita akan dipertemukan dengan hari yang ditunggu sekalian umat islam di dunia ini,,.

:: COPY PASTE frOm Internet n edit by me~



No comments:

Post a Comment