Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Sahabat

Thursday, November 10, 2011

13 Alasan Wanita Enggan Memakai Tudung...


1.Semua yang tutup aurat confirm masuk syurga ke..??
   - Yang pasti..tak tutup aurat..confirm masuk neraka..

2.Tudung labuh pon macam baik sangat..Buat dosa juga..Mengumpat orang...
   - Bila iblis tak mahu ikut perintah ALLAH untuk bersujud kepada Adam,dia menyalahkan perintah ALLAH 
     itu."Kenapa aku kena sujud ,aku lebih mulia dari dia" Samalah dengan tudung,tudung pula dipersalahkan.."Pakai tudung tak semestinya...bla..bla..bla... "

3. Macam lah kau bagus sangat nak tegur aku,Kau dulu lagi jahat..
   - Tidak tersabit larangan Nabi untuk seseorang bahkan yang baru masuk islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya..Maksudnya dakwah itu tuntutan..Selagi kau islam,dakwah itu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul..Sekurang-kurangnya dia insaf dan bertaubat sekarang..

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik..
   - Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci,iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah kau tanpa perlu menutup aurat..?

5. Pakai jarang ke ketat ke itu hak kami.Kalau tak suka jangan tengok..
   -Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak..?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi,Terpulang kepada individu yang memandang kami..
   - Seksi atau tidak,kau tetap berdosa walau hanya menayang sehelai rambut..



7. Walau kami tidak bertudung,kami tetap sembahyang dan puasa..
   - Apakah ibadah kau diterima..?Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup menjamin kau masuk ke syurga..?

8. Suka hati kami la nak pakai macam nie..Kami tak susahkan hidup orang lain..
  - Kau sebenarnya dh susahkan bapa,abang,adik,suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau..

9. Apa yang kami pakai ini antara kami dengan tuhan..
  - Berani cakap di dunia,berani ke kau cakap macam tu depan ALLAH nanti..?Lawan perintah ALLAH,neraka tempatnya..

10. Kami pakai seksi macam nie,sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene.. (ayat artis )
  - Sanggup patuh arahan pengarah mereka daripada patuh suruhan ALLAH..

11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat,cuma masih belum sampai seru..
  - Mati tidak mengenal usia,Tak takut ke mati dalam usia yang muda..?Tak sempat nak bertaubat nanti..

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik..?Slow-slow la...
  - Boleh ke cakap kat malaikat Izrail nanti,tunggu kejap! Lepak la dulu..Jangan ambil lagi nyawa aku..

13.Tutup aurat itu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya..
  - Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama islam..



"Wahai wanita,setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk di perolehi..Di amna kamu boleh mendapatkan permata..? Tertanam jauh di perut bumi,tertudung dan dilindungi.Dimana kamu jumpa mutiara..?Terbenam jauh di dalam lautan,tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik.Di mana kau cari emas..?Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu.Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata.Oleh itu,kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.." 

(^_^)

1 comment:

  1. like ayt no8. stuju ngan entry ni :D kekdg de org ckp, pkai tudung kne ikhlas. tp mnde wajib tetap wajib wlaupon rse terpakse.

    ReplyDelete