Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Sahabat

Thursday, November 10, 2011

22 Waktu Mustajab Untuk Berdoa..( part 1 )



1.Berdoa ketika hujan turun..
   "Berdoalah pada waktu mustajab berdoa iaitu sewaktu pasukan pasukan tentera bertempur,waktu mendirikan solat dan ketika turun hujan.." ( Hadis Riwayat Abu Daud )

2.ketika hendak bersolat berdasarkan hadis di atas..

3.Selesai membaca Al-Fatihah dalam solat..

4.Selepas mengucapkan 'Amin' apabila selesai membaca surah Al-Fatihah..
   "Apabila imam mengatakan 'Amin' ,maka ucapkanlah 'Amin'.Sesiapa yang mengucapkan 'Amin' bersama dangan para malaikat,diampunkan dosa yang telah lalu.." ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

5.Pada waktu tengah malam,terutama sepertiga malam yang terakhir..
  "ALLAH S.W.T turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata," Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan,ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Ku berikan,ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan..?" ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

6.Waktu di antara azan dan iqamah..
  "Tidaklah di tolak doa diantara azan dan iqamah.." (Hadis Riwayat Tirmizi )



7.Ketika sujud dalam solat...
  "Sehampir-hampir manusia dengan Tuhannya ialah pada waktu sujud,maka perbanyakkanlah berdoa.." 
   ( Hadis Riwayat Muslim )

8.Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dalam tahiyat akhir..

9.Selesai solat fardu..
  "Ditanya kepada Rasullullah S.A.W,'doa manakah yang di dengar ( ALLAH )?',sabda baginda,"Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu... ( Hadis riwayat Tirmizi )

10.Sepanjang Waktu Berpuasa..
  Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud,"Tiga bentuk doa dimustajabkan ALLAH ; doa ibu bapa terhadap anak, doa orang yang berpuasa dan doa orang yang bermusafir.." ( Hadis Riwayat Baihaqi )

11.Malam al-qadar berlaku pada bulan ramadhan..

p/s : Bersambung ke part yang kedua ye..hehe

( sumber Internet )



(^_^)

No comments:

Post a Comment