Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Sahabat

Thursday, November 10, 2011

22 Waktu Mustajab Untuk Berdoa.. ( part 2 )

Pada yang belum baca part 1,sila kLik SiNi .. (^_^)


12.Ketika khatam 30 juz Al-Quran..

13.Sepanjang hari jumaat itu,dengan harapan bersua dengan waktu mustajab berdoa..
Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : "Pada hari jumaat itu,ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada ALLAh sesuatu,maka diberikan-Nya.." ( Hadis Riwayat Bukhari )

14.Sepanjang perjalanan semasa bermusafir..
   "Tiga bentuk doa yang pasti di makbulkan ALLAH,iaitu : doa orang yang teraniaya,doa orang yang bermusafir dan doa ibu bapa terhadap anaknya.." ( Hadis Riwayat Daud )

15.Pada hari Arafah iaitu 9 zulhijjah..
   Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : Sebaik-baik doa adalah pada hari arafah,dan sebaik-baik doa yang Aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah ( maksudnya ) : "Tiada Tuhan yang sebenarnya layak disembah melainkan ALLAH S.W.T,tiada sekutu bagi-Nya,bagi-Nya kerajaan dan pujian,dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu..'  ( Hadis Riwayat Tirmizi )



16.Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah..
  "Orang yang berjihad pada jalan ALLAH dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu ALLAH,Dia menyeru ( memerintahkan ) mereka dan mereka menjawabnya ( menunaikannya ) mereka berdoa kepada ALLAH lalu ALLAH terimanya.." ( Hadis Riwayat Ibn Majah )

17.Ketika imam meningkat kerana berbuat taat..
  Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud,"....dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat hingga Aku mencintainya,jika Aku sudah mencintainya,Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah,dan jika dia meminta akan kuberikan dan jika dia meminta perlindungan akan Ku lindungi.."

18.Waktu menerima ujian..
  "Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya,dan yang menghapuskan kesusahan,serta menjadikan kamu pengganti ( umat-umat yang telah lalu ) mendiami dan menguasai bumi?adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama ALLAH?amat sedikit antara kamu yang mengingati nikmat ALLAH itu.." ( Surah al-Naml ayat 62 )



19.Ketika berperang kerana ALLAH..
  Sabda Nabi S.A.W  yang bermaksud,"Dua jenis doa yang tidak akan ditolak oleh ALLAH S.W.T atau jarang-jarang sekali di tolak ; doa sewaktu azan dan doa ketika berlakunya perperangan .. " ( Hadis Riwayat Abu Daud )

20.Ketika menghadiri penyelenggaraan ( uruskan ) jenazah..
   Ummu Salamah r.a melaporkan bahawa Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud , " Apabila engkau menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah,berkatalah hal yang baik-baik,kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu.." ( Hadis Riwayat Muslim )

21.Selepas saat kematian seseorang..
  Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a bahawa Nabi S.A.W menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya,Baginda bersabda maksudnya, "Sesungguhnya roh seseorang yag keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata,." lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : "Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendoakan untuk kalian." Baginda kemudiannya mendoakan untuk Abu Salamah r.a...  

22.Ketika ayam berkokok...
   Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud,"Apabila kamu mendengar ayam berkokok,mohonlah anugerah-Nya kerana ayam itu melihat malaikat."  ( Hadis Riwayat Bukhari )

p/s : jom kita sama mengejar waktu mustajab itu...pssstt nak gi masak.. papai..huhu

(^_^)

No comments:

Post a Comment