Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Sahabat

Monday, November 14, 2011

Indahnya Perwatakanmu...



Wanita solehah..Wanita Terbaik...Bagaimana tafsiran anda mengenainya.....??
Suatu ketika dahulu,seorang ahli matematik Islam bernama Al-Khawarizmi ditanya mengenai wanita terbaik...Lalu dia menjawab..

"Jika wanita solehah dan beragama = 1
 Jika dia cantik,tambah 0 kepada 1 = 10
 Jika dia kaya,tambah lagi 0 = 100
 Dan jika dia dari keluarga baik-baik,tambah lagi 0 = 1000
 Tetapi,jika yang 1 itu tiada..
 Maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok 0... "

Rasulullah bersabda maksudnya.. :
   "Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya,kelak kecantikan itu akan membinasakannya;janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya,boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu;sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama,itu adalah lebih baik bagimu."  ( Riwayat Abdullah Ibn Humaid )

Sabda baginda bermaksud.. :
   "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah.." ( Riwayat Muslim )



**Aku mencintaimu kerana agamamu,bukan kerana kecantikanmu,hartamu ataupun kedudukanmu..Jika kecantikanmu,hartamu dan kedudukanmu itu hilang..Itu tidak membuat cintaku kepadamu berkurang,tetapi jika agama itu hilang pada dirimu,maka hilang pula rasa cintaku kepadamu**

(^_^)

No comments:

Post a Comment