Sahabat

Thursday, November 17, 2011

Ingat 5 Perkara...!!



Lima perkara yang kita sebagai manusia mahukannya dan berusaha untuk mendapatkannya....

1)Wajah yang cantik..
2)Duit yang banyak..
3)Kesihatan yang baik..
4)Anak-anak yang cerdik dan berjaya.. 
5)Tidur yang nyenyak tanpa gangguan..

Untuk mendapatkan kelima-lima perkara itu tidaklah susah mana...hanya memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari...

   Sabda Nabi Muhammad S.A.W ; "Barangsiapa yang tinggalkan Solat Subuh,tiadalah padanya Nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan Solat Zohor,tiadalah padanya Rezeki yang berkat dan barangsiapa yang tinggalkan Solat Asar,tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan Solat Maghrib,tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan Solat Isyak,maka tiadalah padanya Tidur yang nyenyak..." ( Sampaikanlah daripada Nabi Muhammad S.A.W itu walau hanya satu ayat )

 Begitulah pentingnya solat 5 waktu dalam kehidupan seharian kita..bukan hanya sekadar menjadi tuntutan agama tetapi juga banyak memberi manfaatnya yang kita sendiri kadang-kadang tidak tahu dan terlepas pandang....

Solat itu tiang agama..Jagalah ia sebaik-baiknya..InsyaALLAH kehidupan kita akan diredhai ALLAH..



"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." 
( Surah Al-Baqarah ayat 286 )


(^_^)

No comments:

Post a Comment