Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Sahabat

Thursday, November 17, 2011

~ KenaLi Diri Wanita ~



Masyarakat melayu memang agak sinonim dengan ramalan sejak dari zaman tok nenek kita lagi.. Ramalan yang berkaitan dengan unsur yang terdapat pada diri seseorang itu juga sering di gunakan.. Tetapi.. janganlah kita terpengaruh dan terlampau fanatik dengan benda-benda macam nie..takut mendatangkan SYIRIK dalam diri..

Unsur terbahagi kepada empat iaitu ;
 1)Tanah -> Anak pertama,kelima dan kesembilan..
 2)Air -> Anak kedua,keenam dan kesepuluh..
 3)Api -> Anak ketiga,ketujuh dan kesebelas
 4)Angin -> Anak keempat,kelapan dan kedua belas..

Sifat-sifat dan sikap yang terdapat pada unsur-unsur itu ;
1)Wanita berunsur Tanah ;-
         * Seorang yang merendah diri,serta hormat dan patuh,setia serta rela berkorban..
         * Tidak cerewet,tidak meninggi diri,tidak sombong dan bukan seorang pemarah..
         * Tenang diri,penenang dan memberi sokongan..
         * Tidak suka membantah atau membangkang..
         * Berwajah manis,lemah lembut,bersih dan sentiasa menjaga kebersihan..
2)Wanita berunsur Air ;-
         *Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat..
         *Mengambil berat dan menenangkan pasangan..
         *Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan..
         *sangat romantis dan mudah menangis..
3)Wanita berunsur Api ;-
         *Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan..
         *Cergas,cepat dalam gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga...
         *Penasihat yang baik dan sentiasa berwaspada..
         *Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu..
4)Wanita berunsur Angin ;-
         *Lembah lembut dan menenangkan..
         *Pandai bermain kata dan memujuk rayu..
         *Sopan santun dan berbudi pekerti mulia..
         *Bijak mewujudkan suasana selesa..
         *Hati yang cepat berubah-ubah..



Perkara seperti ini jangan lah terlamapu taksub untuk percaya..seperti yang aku tulis kat atas tu..takut mendatangkan SYIRIK dalam diri..tapi kalau hanya sekadar pengetahuan..boleh saja..cuma jangan telampau obses..

Betul atau tidak unsur ramalan itu...Wallahualam..

Yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan..

(^_^)

No comments:

Post a Comment