Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Sahabat

Wednesday, July 25, 2012

:: Hanya Untuk Lelaki ::




Andai lelaki tahu,,,,,
Apabila perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.....

Andai lelaki tahu,,,,,
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,itu bukan bermakna dia lemah,tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu....

Andai lelaki tahu,,,,,
Apabila seorang perempuan marah,memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,itu bermakna dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.Lihat saja pasangan yang baru bercinta,mereka jarang bergaduh.Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,semakin banyak pula sesuatu yang terjadi....

Andai lelaki tahu,,,,,
Apabila perempuan cerewet,dia tidak pernah bermaksud membuat anda rimas,tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat....

Andai lelaki tahu,,,,,
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah,itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya,tetapi dia mahu menjadikan kamu lebih baik,bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan kamu.....

Andai lelaki tahu,,,,,
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu,bukan bermakna dia tidak sayang....tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil  yang masih memerlukan sepenuh perhatian.Terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.Naluri keibuannya terlalu kuat,dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu....

Andai lelaki tahu,,,,,
Apabila perempuan merajuk,jangan kata dia mengada-ada.Dia bukannya mahu di pujuk dengan duit atau hadiah,tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.....



Andai lelaki tahu,,,,,
Apabila perempuan jarang mengatakan 'i love you',itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.....

Andai lelaki tahu,,,,,
Apabila perempuan mengatakan dia merindui kamu,dia memang benar-benar maksudkannya.....

Andai lelaki tahu,,,,,
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.Selagi dia denganmu,percayalah,walaupun perempuan lain menganggap masih ramai lagi yang baik dimatanya tetapi dihatinya,kamu tetap yang terbaik.....

Andai lelaki tahu,,,,,
Apabila perempuan berkata kasar,dia bukan bermaksud untuk berkasar,tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya.Percayalah,hati perempuan itu sangat lembut.....



Andai lelaki tahu,,,,,
Apabila perempuan berkata,"tolong tinggalkan saya!",dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja,.Apabila dia kembali tenang,percayalah dia akan mencari kamu semula.Itu tandanya dia benar-benar mencintaimu.Perempuan sulit untuk mengawal perasaan.dia terlalu emosional.Tapi dialah yang paling menyayangi kamu dan sangat sensitif dengan perubahan diri kamu.....

Andai lelaki tahu,,,,,
Sememangnya ALLAH menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.Tetapi sekiranya mereka saling memahami,mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.ALLAH menciptakan perempuan itu dengan indah sekali.Di sebalik air matanya,tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan sendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin pula bisa membuat lelaki menjadi lemah kerananya.Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.....



♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik ALLAH S.W.T semata.Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia..

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya..ibarat tasbih dan benang pengikatnya..terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya..

:: Copy pAste-----------> ::

p/s : Untuk wanita..hargailah apa yang telah anda miliki.. jangan pernah abaikan dan membandingkan dengan yang lain... jangan mengejar kekayaan..jangan mengejar paras rupa dan jangan pernah untuk menjadi hipokrit..itu semua tidak menjamin bahagia seseorang..Bahagia itu terletak pada hati... hati,,, adalah segalanya.... jangan bertindak terburu-buru membuat keputusan takut nanti menyesal kesudah~ 

**Ya ALLAH,, bantulah aku menjaga hati yang kian rapuh ini~  **





                                         





No comments:

Post a Comment