Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Sahabat

Thursday, July 26, 2012

Si Pungguk Yang Merindukan Sang Bulan~



Selalunya ungkapan 'pungguk rindukan bulan' di kaitkan dengan pasangan kekasih yang mempunyai status darjat yang berbeza tapi untuk entry aku nie.. si pungguk dan bulan bukannya pasangan kekasih,,tidak juga kerana status darjat yang berbeza tapi kerana status perhubungan yang terjalin menjadi semakin jarak tanpa di ketahui puncanya....

Si pungguk,,,dulunya hanya duduk di satu sudut dahan memandang ke langit dengan harapan sang bulan akan memandangnya dan bersinar terang ke arahnya..Ianya duduk diam tanpa kicauan tanpa senyuman dan tanpa di sangka-sangka akhirnya sang bulan menyedari kewujudan si pungguk yang sering menyembunyikan kemuramannya,,,

Hati sang bulan terasa seperti ada sesuatu yang menarik-nariknya untuk datang ke arah si pungguk..cahaya pengenalan dituju ke arah pungguk,,,Si pungguk yang pada mulanya hanya diam membisu kini telah riang berkicau saban masa untuk menunjukkan yang ianya sedang gembira.. tiada lagi kemuraman dan kesunyian..Sang bulan pandai menghibur tidak hanya pada waktu malam,,,kiranya siang itu tidak ternampak  bayang bulan namun si pungguk tetap tahu yang bulan masih ada di atas sana sedang melihatnya...



Hubungan yang pada mulanya biasa-biasa terus menjadi kebiasaan dalam hidup,, terasa satu kelainan andai salah satu rutin itu tidak di buat,,dan sekarang rutin itu mulai hilang dan pudar sikit demi sedikit,,,Pudarnya seperti bayang bulan yang indah di atas langit sana...Salahkah bagi pungguk untuk sentiasa berkicau??? Tanpa bulan,,, terasa satu kelainan bagi pungguk untuk terus berkicau...

Untuk BULAN... kembalilah seperti dulu.. yang sentiasa ada di sisi PUNGGUK setiap masa untuk menghiburnya tanpa alasan... Tanpa alasan yang dulunya ianya bukan alasan untuk menghiburkan pungguk tapi kini mengapa ianya di jadikan alasan..?? 

Bagi PUNGGUK... andai ada salahnya pada BULAN.. ianya ingin memohon kemaafan asalkan bulan dapat bersinar terang seperti dulu... Kembalilah... PUNGGUK akan setia menanti di tempat yang sama,,, di dahan yang sama....



p/s : Jangan pikat wanita kalau anda
tak bersedia cintakan dia.
Jangan buat wanita tu jatuh cinta
kalau anda tak cintakan dia.
Jangan memberi wanita harapan kalau
anda tidak pasti.
Jangan sakitkan hati wanita kalau anda
tiada hati untuknya.
Jangan mainkan perasaan wanita kalau
anda tiada perasaan untuknya.
HARAM jika jadikan wanita itu kekasih
tetapi tiada niat untuk nikahinya - ustaz azhar idrus

No comments:

Post a Comment