Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Sahabat

Thursday, November 22, 2012

Ku Idam Jihad di Bumi Allah

Assalammualaikum...

Rasanya lama dah aku tak update blog,sedikit busy dan hilang mood untuk menulis walaupun banyak yang nak di kongsikan.. Kebelakangan ini banyak kisah dan peristiwa yang menyayat hati berlaku pada saudara seislam kita di Gaza,palestin.. Apa yang berlaku di sana sangat tragis,gambar-gambar dan berita yang di kirimkan oleh mereka yang berada di sana sangat menyentuh hati dan perasan.Tanpa sedar air mata mengalir mengenangkan nasib umat islam di sana..



Kita di malaysia sangat beruntung kerana tidak mengalami situasi seperti mereka tetapi kita juga tidak mungkin terlepas dari terjadinya perkara sebegitu di negara sendiri.. Kekejaman yahudi .... kematian kanak-kanak dan wanita yng tidak berdosa... syahidnya umat islam di gaza.. Ya Allah,bila aku melihat gambar2 jenazah mereka yang gugur syahid aku sangat merasa cemburu dengan senyumannya .. Jenazah mereka yang syahid sangat indah di pandang dengan senyuman yang terukir.. melihat syurga yang sedang menanti.. subhanaAllah... 

Dalam aku meninjau page-page yang berkongsi maklumat dari gaza,ada satu post yang buat aku tersentuh.. Sama ada ini betul atau tidak walallahhualam .. Tapi perkara begini tidak mungkin la di ada-adakan cerita.. Just sharing here... Selamat membaca dan menghayati intipati/maksud tersirat.. Islam itu benar.. Allah itu ada.. Ya,Allah lindungilah umat-umat islam di gaza dari kekejaman yahudi.. Aamiin,,



" Allahuakhbar! Keajaiban di Peperangan Gaza

Ini kisah benar yang diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.

Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza :

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik 
bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.

Allahu Akbar!!!

p/s : Teruskan berdoa untuk mereka "






No comments:

Post a Comment